Yien Asmady
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner

Assalammualaikum..
hello peeps !
Welcome to superb blog :D


Love

 photo BMtauW-CIAApQpQ_zps6193c175.jpg
01 April 2011
Aiman, I love you.

Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: SitiSyuhadah
Re-Edited By: Yien Asmady
Others: ? ? ?


Lumrah Manusia

Assalammualaikum....


Ada ketika dalam kehidupan ini, kita terasa hidup kita begitu kecewa sekali bila berdepan dengan makhluk bernama manusia. Berdepan dengan keinginan dan kemahuan manusia yang terhad, kadang-kadang menjadikan jiwa kita begitu perit dan sesak. Kita buat begini pada hari ini, mungkin dia suka. Pada hari yang lain, kita buat berbeza daripada hari yang lepas, dia tidak suka pula. Hari ini, dia mungkin mesra dan baik dengan kita. Tiba-tiba, hari esok dialah yang menipu dan mempermainkan kita. Kita cuba bermacam-macam cara untuk memuaskan hati manusia, terutamanya yang kita sayangi, tetapi kita tetap tak termampu juga. Kita cuba berikan yang terbaik daripada diri kita untuk manusia-manusia yang kita cinta, tetapi kemudian dikondem atau dikutuk-kutuk pula kita ini. Kadang, tak dilayannya kita ini. Kadang-kadang, diminta pula lebih daripada kadar kemampuan yang mampu kita berikan. Berdepan dengan keinginan dan kemahuan manusia, memang akan menjadikan kita cepat tewas sekiranya kita hidup hanya untuk memenuhi kemahuan manusia. Sebab itu, siapa saja yang berharapkan redha manusia pada tindakannya, dia pasti akan kecewa bila tidak memperolehinya. Kita tidak dapat menjangka keinginan dan kemahuan manusia. Hari ini, mungkin mereka mahu kita jadi begini. Hari esok, entah mereka mahu kita menjadi apa pula. Kita tidak pernah tahu dan tidak dapat menduga. Hari ini, mungkin kita merasa bahagia dengan gembiranya manusia terhadap diri kita. Hari esok, bila manusia mula menyisihkan dan mengabaikan dia, bila manusia mula membiarkan dan tidak menghargai kita, kesedihan dan kekecewaan mula bertapak di hati kita sehingga kita menyimpan dendam yang besar dalam jiwa kita.

Lv, Yien